Khamis, 22 November 2012

KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH



Kewajipan mentaati pemerintah
Bukan yang berbudaya lintah
Biarkan isteri aurat terdedah
Berbelanja ternyata mewah
Fikirlah nasib orang bawah
Kos kehidupan meresah
Teh ”O ” Ais limau naik harga
Kroni-kroni pula dijaga
Rakyat kampung ternganga
Hisap rokok nipah saja
Minum kopi “O’ saja
Dapat dengar banyak cerita
Laporan Ketua Audit Negara
Di empat negeri baik urusan kewangannya
Dipuji oleh Ketua Audit Negara
Ketua di empat Negeri ini berwibawa
Rasuah tiada
Pilih kasih tiada
Kalau ada
Tentu diserbu SPRM
Inilah bezanya
Kerajaan berjiwa rakyat
Dengan
Kerajaan Pusat
Yang pro kroni
Yang pro suku sakat
SPRM hanya lihat
Boleh buat
Bila berlaku pertukaran Kerajaan Pusat
Ini kalilah kata orang Sabah
Pemerintah lama akan rebah
Negara pasti berubah
Daripada rasuah kepada beramanah
Mentaati ini
Disuruh oleh Sunnah
Ini ulama muda kelirulah
Niat di dalam dah salah
Bertaubatlah
Kepada Allah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

1 ulasan:

  1. "Dua golongan manusia jika mereka baik maka manusia akan manjadi baik dan jika keduanya rusak maka manusia akan rusak, kedua golongan itu adalah Ulama dan Umara(pemimpin)"(Hadits Diriwayatkan oleh Abu Na'im dalam Al-Hulliyyah)

    BalasPadam