Buah
cempedak masak bergantung
Petik makan masak layu
Menyokong kebenaran dapat untung
Banyak faedah kepada Melayu
Hilir ke Beduk membeli padi
Isi digantung tuan berikan
Golongan baru ingin berbudi
Harga petrol boleh diturunkan
Tuan saya orang yang latah
Kata semut kata kerengga
Tolak saja golongan lintah
Terimalah pula Buku Jingga
Ikan putih berkawan-kawan
Nampak telok disangka keli
Putrajaya boleh kita tawan
Cuba saja ini kali
Masak nasi diperiuk tembaga
Nasinya keluar
berbingkah-bingkah
Nasib rakyat boleh dijaga
Asalkan calon Pakatan
dipangkah
Alang garang panglima garang
Sepadan pula janggutnya
panjang
Puisi reformasi boleh dikarang
Tolak pemimpin mata keranjang
Nampak seperti kilat memancar
Hati didalam berdebar-debar
Menipu rakyat kerja mungkar
Menumbangkan penzalim dah tak
sabar
Orang
berzikir darinya hulu
Tempat berarak si Raja Alam
Menipu rakyat tak malu-malu
Ini mencemarkan agama Islam
Petik manggis di tepi ladang
Rambai lebat dengan buahnya
Pelaku rasuah jelas dipandang
Laporan juruaudit sebagai
buktinya
Burung berteriak atas keramat
Suara bunyi berdayu-dayu
Kerajaan-kerajaan Pakatan begitu
cermat
Terbela nasib Cina, India,
Melayu
Meringkik kuda dua sekawan
Dipacu oleh Laksamana Muda
Melayu,Cina boleh berkawan
Bila bertutur sangat waspada
Pisau kecil hulunya tembaga
Boleh mengupas buah mempelam
Nasib rakyat perlu dijaga
Dengan iman dan Islam
Terbang serindit dua sekawan
Jatuh ke sungai disambar
buaya
Bila kuat semangat setiakawan
Usaha Pakatan boleh berjaya
Gunting baju belah barut
Boleh pakai ukur kepala
Mari hapuskan budaya karut
Ikut Islam semuanya pahala
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Nov2012
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Nov2012
Assalamu'alaikum Ustaz Mohammed Salleh Abu Bakar...cantik nian pantunnya dan sangat mengena dihati.
BalasPadam