Khamis, 29 November 2012

TERLEPAS KUASA




Umat Islam perlu berhati-hati
Beramal solih sebelum mati
Dengan zikir kuatlah hati
Dengan ilmu hidup manusia jadi berkualiti
Bertindak cukup berhati-hati
Berwaspada dengan parti
Melupakan persiapan untuk mati
Menerima rasuah
Memberi rasuah
Semuanya dikutuk Rasulullah
Bila nampak nak kalah
Guna pendatang asing jadi
Pengundi
Berdaftar
Setelah dapat Mykad
Semua ini Allah lihat
Ini kerja jahat
Dalam kubur pasti melarat
Ingatlah keparat-keparat
Di dunia engkau boleh buat
Kuman seberang lautan engkau lihat
Rasuah depan mata
Kau butakan mata
Kau ketepikan
Laporan Ketua Audit Negara
Penjawat-penjawat awam hidup macam orang kaya
Berenang katak dalam paya
Nampak ular terus menyelam                         
Bila terlepas kuasa di Putrajaya                                 
Gelisah hidup siang malam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan