Isnin, 26 November 2012

P.R BOLEH LAKUKAN




Pembangkang tidak layak tadbir negara
Biarkan kroni-kroni kaya secara mi-segera
Dosa belakang kira
Ini pemikiran lama
Memperalatkan bangsa dan agama
Hasilnya
Hutang kroni-kroni berbilion-bilion ringgit
Rakyat miskin tersepit
Majoritinya orang Melayu
55 tahun ditipu
55 tahun disuruh mengampu
Khazanah negara mereka sapu
Contoh klasik
NFC lesap RM250 juta
Beli kereta besar
Beli kondominium mewah
Di K.L dan di Singapura
Rakyat dah dapat maklumat
Daripada internet
Daripada alam siber
Rakyat hilang sabar
Mahu tukar Kerajaan Pusat
Digantikan dengan P.R
Terbukti, teliti
Mentadbir 4 Negeri
Rakyat boleh lihat
Rakyat boleh dengar
Kebaikan di Kelantan
Kedah, Pulau Pinang dan Selangor
Alamat UMNO pendek umur
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi                       
Kalau ada umur panjang                       
Boleh lihat Pakatan berbudi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan