Jumaat, 30 November 2012

TIDUR TAK LELAP





1

Kembara Oren dihalang
Risau  kuasa akan hilang
Kezaliman mereka tak terbilang
Ikan kembong ikan sembilang
Dua jenis ikan laut
Penzalim menerima nasib malang
Dengan kemungkaran hati terpaut

II

Kembara Oren dihalang
Berlaku di Felda Lasah
Gerombolan penzalim nampak resah
Ikan kering ikan basah
Boleh dibeli di pasar tani
Penyandang Pekan sedang gelisah
Dicabar pemimpin yang berani

III

Kembara Oren dihalang
Di Felda Lasah
Di Parlimen Sungai Siput
Bergerak perlahan seekor siput
Berlaku di malam yang gelap
Kedatangan pencabar tanpa dijemput
Menjadikan penzalim tidur tak lelap



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Khamis, 29 November 2012

TERLEPAS KUASA




Umat Islam perlu berhati-hati
Beramal solih sebelum mati
Dengan zikir kuatlah hati
Dengan ilmu hidup manusia jadi berkualiti
Bertindak cukup berhati-hati
Berwaspada dengan parti
Melupakan persiapan untuk mati
Menerima rasuah
Memberi rasuah
Semuanya dikutuk Rasulullah
Bila nampak nak kalah
Guna pendatang asing jadi
Pengundi
Berdaftar
Setelah dapat Mykad
Semua ini Allah lihat
Ini kerja jahat
Dalam kubur pasti melarat
Ingatlah keparat-keparat
Di dunia engkau boleh buat
Kuman seberang lautan engkau lihat
Rasuah depan mata
Kau butakan mata
Kau ketepikan
Laporan Ketua Audit Negara
Penjawat-penjawat awam hidup macam orang kaya
Berenang katak dalam paya
Nampak ular terus menyelam                         
Bila terlepas kuasa di Putrajaya                                 
Gelisah hidup siang malam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Rabu, 28 November 2012

PANTUN CERAH NASIB DI MASA DEPAN




          Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
                   Rapat lagi pohon jati
          Kebajikan rakyat boleh dapat
                   Dengan memilih pimpinan berkualiti

          Pokok terap tumbuh dibukit
                   Belat berbanjar panjang ke hulu
          Bila hati rakyat sakit
                   Lupa saja jasa dulu

          Pukul gendang bermain raga
                   Raga dibawa dari muara
          Suruhlah sembahyang ahli keluarga
                   Perintah agama dibuat segera

          Rumah kecil tiang seribu
                   Rumah besar tiang sebatang
          Ingat jasa ayah ibu
                   Hingga menjadi manusia matang

          Sampan kotak hilir mudik
                   Dayang patah galah sebatang
          Dengan agama rakyat dididik
                   Baru yang mungkar ditentang

          Satu, dua,tiga, empat
                   Lima,enam,tujuh, lapan
          Negara berkebajikan boleh dapat
                   Cerah nasib di masa hadapan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Selasa, 27 November 2012

PROGRAM PERTAHAN DIRI WANITA

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan
Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.



Wanita
Manis dipandang mata
Boleh dimiliki yang berharta
Dalam media massa banyak cerita
Anggun pembaca Berita
Dalam TV jelas jelita
Terpegun mata
Tumpu apa yang dikata
Tak terkelip mata
Bagi lelaki bujang
Naik semangat mata keranjang
Dari mata
Turun ke hati
Lenggang lenggok wanita tetap diperhati
Tertawan hati
Ingin memiliki
Pendapatan pula tiada
Yang ada
Hanya nafsu amarah
Kesan menonton filem lucah
Dilambakkan
Di pasaran terbuka
Pasar Malam
Pasar Tani
Rakyat jadi berani
Berani
Melakukan maksiat
Berlakulah zina
Ratusan ribu anak luar nikah
Diam saja pemerintah
Dibiarkan majalah-majalah
Aurat artis terdedah
Aurat aktres terdedah
Terimalah padah
Pemerintahan lemah
Disebabkan rasuah
Disebabkan pecah amanah
Perlu ubah
Ini kalilah
Biar penzalim kalah
Biarlah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Isnin, 26 November 2012

P.R BOLEH LAKUKAN




Pembangkang tidak layak tadbir negara
Biarkan kroni-kroni kaya secara mi-segera
Dosa belakang kira
Ini pemikiran lama
Memperalatkan bangsa dan agama
Hasilnya
Hutang kroni-kroni berbilion-bilion ringgit
Rakyat miskin tersepit
Majoritinya orang Melayu
55 tahun ditipu
55 tahun disuruh mengampu
Khazanah negara mereka sapu
Contoh klasik
NFC lesap RM250 juta
Beli kereta besar
Beli kondominium mewah
Di K.L dan di Singapura
Rakyat dah dapat maklumat
Daripada internet
Daripada alam siber
Rakyat hilang sabar
Mahu tukar Kerajaan Pusat
Digantikan dengan P.R
Terbukti, teliti
Mentadbir 4 Negeri
Rakyat boleh lihat
Rakyat boleh dengar
Kebaikan di Kelantan
Kedah, Pulau Pinang dan Selangor
Alamat UMNO pendek umur
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi                       
Kalau ada umur panjang                       
Boleh lihat Pakatan berbudi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012