Khamis, 22 Mac 2012
SAKIT DAHULU SEMBUH KEMUDIAN
Selagi
Jenis makhluk
Bernama manusia
Ada minda
Ada hati
Ada nafsu
Ada sakit
Sakit rohani
Sakit jasmani
Kedua-duanya perlu diatasi
Dapat sekat korupsi
Fahaman asobiyah boleh diatasi
Dengan ilmu kurniaan Ilahi
Baru maksiat dijauhi
Baru riadah setiap hari
baru ceria suami isteri
Baru rezeki halal dicari
Baru lahir pimpinan bistari
Baru wujud masyarakat madani
Baru hapus ekonomi kroni
Baru kurang inflasi
Baru harga barang-barang rendah
Baru masyarakat majmuk dapat faedah
Baru rakyat jelata dapat faedah
Baru warga Felda dapat faedah
Baru warga Felcra dapat faedah
Baru rambut isteri tak terdedah
Semuanya kerana betul aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Syukur alhamdulillah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan