Khamis, 1 Mac 2012

MENGEMBALIKAN JATI DIRI MELAYU



Setelah 54 Tahun merdeka
Tanah Melayu diperintah
Cara demokrasi berparlimen
Beraja
Kemajuan kebendaan saja
Dipuja
Direstui Raja-raja
Dilembagakan sebagai ketua agama
Di sembilan negeri yang beraja
Di Melaka
Di Pulau Pinang
Di Sabah
Di Sarawak
Ketua agama Islam
Terletak di tangan
Yang DiPertuan Agong
Adat istiadat masih mengongkong
Direstui profesor-profesor kangkong
Kezaliman mereka dokong
Dalam internet terbuka pekong
Berlaku rasuah sana sini
Para pimpinan takutkan bini
Mendedahkan aurat berani
Diam para suami
Hilang jati diri
Ilmu agama tak dipelajari
Dari kecil belajar di luar negeri
Budaya Inggeris diwarisi
Rakyat dapat kuah
Kroni-kroni dapat isi
Tiba-tiba wujud reformasi
2008 berlaku tsunami
Terlepas 5 negeri
Gelisah tak terperi
Cara rompak dapat satu negeri
Direstui pemuja-pemuja korupsi
Berubah cara terbaik
Menyelamatkan negara
Daripada musnah
Di tangan perasuah-perasuah
Digantikan pimpinan beramanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan