Rabu, 7 Mac 2012
LAKUKAN SETIAP HARI
I
Berjalan
Sepuluh ribu langkah sehari
Kesihatan diri
Mulai daripada cita-cita sendiri
Mohon daripada Ilahi
Usaha iktiar diteruskan
Berdoa sebelum makan
Daripada rezeki yang halal
Dalam kubur akan disoal
Ramai yang menyesal
Firaun
Haman
Qarun
Regu tiga segi
Berkekalan rugi
II
Membaca
Seribu perkataan
Mulai dengan Al-Quran
Diikuti dengan hadis
"Setiap amalan berdasarkan niat"
Semua niat kerana Allah
Mudah selesai masalah
III
Tulis
Seratus perkataan setiap hari
"Dari timur terbit matahari
di barat matahari tenggelam
keredhaan Allah wajib dicari
menjadi cita-cita umat Islam"
IV
Berjumpa
Sepuluh orang setiap hari
Dengan muka berseri-seri
Dimulai suami isteri
Kebajikan saja dicari
V
Buat satu kebajikan
Setiap hari
Ilmu pengetahuan dicari
Baru kenal diri sendiri
Rezeki halal dicari
Rasuah dijauhi
Budaya lucah dijauhi
Berdoa setiap hari
Mohon kesihatan bagi diri
Daripada Allah Yang Maha Berkuasa
"demi masa
sesungguhnya manusia berada
di dalam kerugian"
Dikecualikan
Yang beriman
Beramal soleh
Berkata benar
Di setiap keadaan
Bersabar
Di setiap keadaan
Atasi segala cobaan
Jalan kejayaan
Menuju kebahagiaan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan