Isnin, 12 Mac 2012

3 PERKARA YANG MEMBINASAKAN DIRI



Pertama

Taat kepada sifat bakhil
Disebabkan jahil
Disebabkan percaya kepada pimpinan asobiyah
Meredhai yang rasuah
Meredhai yang pecah amanah
Lupa diri akan berada dalam tanah
Menjauhi tazkirah
Menjauhi kuliah agama
Lupa larangan agama
Lupa dunia ini hanya sementara

Kedua

Ikut arahan nafsu
Buat larangan
Tinggal suruhan
Kuat fahaman perkauman
Walaupun lemah iman
Fikir hanya kebendaan
Fikir hanya keseronokan
Jadilah seperti
"Ulat bulu panjat durian,
Sedap dulu sakit kemudian"
Dalam kubur menerima seksaan
Akhirat yang berpanjangan
Menderita
Yang berkekalan

Ketiga

Merasakan kehebatan diri sendiri
Memiliki ijazah PHD
Ikan puyu ikan keli
Orang ego mudah dibeli
Dibawa orang ke sana ke mari
Dosa saja dicari
Lupa muhasabah diri
Lupa bai'ah dengan parti
Lupa para malaikat catit semua ucapan
Lupa syaitan memasang umpan
Gelap masa hadapan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan