Khamis, 29 Mac 2012
REVOLUSI PUISI
Ingat dan kenang
Shah Iran tumbang
Para bangsawan lari lintang pukang
Pemerintah yang dikata "Pembangkang"
Pihak zalim jatuh terlentang
Dakyah media elektronik rakyat tak pandang
Mahu pimpinan kuat sembahyang
Mahu masyarakat majmuk berkasih sayang
Kebaikan Buku Jingga jelas terbayang
Diperbaiki mana yang kurang
Tolak pimpinan yang curang
Puisi indah terus dikarang
Maksudnya jelas dan terang
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita pulang
Perubahan Putrajaya tak dapat dihalang
Ambil bila diberi wang
Puisi Usman Awang dikenang
Mendengarnya air mata berlinang
Hebat kebolehan Tun Seri Lanang
Buku "Sejarah Melayu" dia karang
Raja adil rakyat pun sayang
Jadi imam waktu sembahyang
Kuasa Allah jelas terbayang
Memberi nikmat tidak terbilang
Datang politik tsunami tak dapat dihalang
Tak berguna slogan temberang
Bila disembelih lembu mengerang
Boleh masak rendang
Gerombolan asobiyah ditentang
Biar parti perkauman jatuh terlentang
Dengan semangat juang
Majlis ilmu tetap hadir
Azhar Idrus popular sekarang
Remaja-remaja ramai yang datang
Penjelasannya jelas dan terang
Dari jauh sanggup datang
Berbelanjakan wang
Keindahan Islam jelas terbayang
Loren Booth dah sembahyang
Yvonne Riddley dah sembahyang
Orang Barat pun mula pandang
Al-Quran menakjubkan pembacanya
Kandungannya jelas dan terang
Di akhirat hidup senang lenang
Menderita Firaun hingga sekarang
Menderita Abu Lahab hingga sekarang
Kecewa Abdullah Ubai hingga sekarang
Di alam kubur terus mengerang
Kurang nilai RM sekarang
Tidak berguna NGO-NGO upahan dan perkauman
Jelajah pakar motivasi tak berkesan
Pidatonya orang tak hairan
Rakyat mahu tukar kerajaan
Di peringkat Persekutuan
Dengan keadilan
Dengan cintakan kemanusiaaan
Bersatu dalam kepelbagaian
Mementingkan kebenaran
Bermanfaat negara berkebajikan
Paras minima harga barang-barang makanan
Para peniaga yang bertimbang rasa
Sedar Allah Maha Kuasa
Rugi di akhirat penyalahguna kuasa
Teruja bila membaca puisi
Jalaluddin Rumi
Sir Muhammad Iqbal pengasas Negera Pakistan
Menyuarakan kebenaran dengan berani
Membolehkan wujudnya masyarakat madani
Hapuskan ekonomi kroni
Berkembang biak budaya hipokrasi
Merebak korupsi
Merebak kospirasi
Berperanan syarikat Zionis-Yahudi
Keruntuhan akhlak menjadi-jadi
Mengatasi inflasi dengan judi
Bergaul bebas mud mudi
Kelahiran anak tak sah taraf menjadi-jadi
Daripada dasar
Cakap tak serupa bikin
Sekarang rakyat tak yakin
Gunakan puisi jadi pemangkin
Zikrullah jadi vitamin
Negara akan terjamin
Bila negara dipimpin oleh mukmin
Dibantu pimpinan demokratik
Daripada puisi-puisi semangat reformasi berputik
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan