Jumaat, 30 Mac 2012

RUGI BERPANJANGAN

INGAT! kita semua pasti mati


Hadir di majlis ilmu
Duduk bersila di depan guru
Bawa buku
Bawa alat tulis
Berkata-kata iblis
Bakal penentang Yahudi-Zionis
Berzikir bagi mereka nampaknya manis
Cerita NFC mereka tahu
Isu lembu
Niat baik
Perlaksanaan ikut nafsu amarah
Rakyat miskin marah
Orang politik Ketuanan Melayu dapat faedah
Para isteri rambut terdedah
14 mufti kelu lidah
Ramai Melayu penagih dadah
Aurat artis terdedah
Para kapitalis dapat faedah
Dapat RM 500 pun masih susah
Nilai RM rendah
Disebabkan rasuah
Disebabkan penjawat-penjawat awam pecah amanah
Bacalah
Laporan Ketua Audit Negara
Majoriti pegawai-pegawai orang Melayu
Lupa majlis ilmu
Main golf selalu
Lupa Izrail menunggu
Lupa solat waktu
Sampai masa lidah pun kelu
Tanah perkuburan dituju
Tinggal seorang diri
Dalam tanah
Tinggal isteri cantik
Tinggal akaun bank
Tinggal segala-galanya
Dalam kubur tanpa cahaya
Berdukacita selama-lamanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan