terpedaya dengan bisikan syaitan |
Orang Melayu
Semuanya layu
Mudah ditipu
Di setiap waktu
Dengan NGO-NGO disuruh bersatu
Lupa janji semasa solat lima waktu
Tahu tempat dituju
Ke Batu Dua
Ramai kecewa
Bila banyak dosa dibawa
Melalui asobiyah
Menyokong bangsa
Walaupun pimpinannya melakukan banyak dosa
Dosa isteri tak bertudung
Maksiat tak dibendung
Belum nikah dah mengandung
Lahir ramai bayi tak sah taraf
Pimpinan yang ada tak boleh harap
Kerakusan meruap-ruap
Rasuah
Pecah amanah
Rompak
Judi
Minuman keras
Agamawan asobiyah fikir hanya gejala murtad
Sedangkan kuasa di tangan Kerajaan Pusat
Ini agamawan bangsa Melayu terlepas pandang
Dia risau gerombolan Ketuanan Melayu jadi pembangkang
Akaun banknya akan berkurangan
Pemerintah baru
Di peringkat Pusat
Pimpinan
Beramanah
Berdisplin
Beriman
Berkebajikan
Boleh lihat di empat negeri
Diakui sendiri
Oleh Ketua Audit Negara
Disedari
Manusia-manusia berjiwa seni
Berubah mesti berjiwa berani
Berani mengamalkan Islam
Daripada Islam
Datangnya nikmat hidup
Inilah ubat
Bagi masyarakat majmuk di negara tercinta
Perlu hanya buka mata
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan