Selasa, 3 Januari 2012

JIKA ANDA CERDIK




Jika anda percayakan Tuhan
jika anda yakin dengan Quran
jika anda rasa adanya Hari Kemudian
buatlah perubahan
tahun 2011 akan ditinggalkan
banyakkan bekalan
tambahkan ilmu pengetahuan
berasaskan perasaan kemanusiaan
hapuskanlah perasaan perkauman
negara ini Negara Persekutuan
undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan
asas-asas kukuh pemerintahan
buat suruhan
tinggal larangan
disetiap keadaan
dilihat Tuhan
dilihat Malaikat-malaikat yang berteburan
sedarlah kakitangan kerajaan
wang jangan diselewengkan
laporan Ketua Audit Negara
tahun 2010 jadilah rujukan
penjawat-penjawat awam patut disalahkan
tindakan disiplin patut dikenakan
elok juga dipenjarakan
elok juga ditazkirahkan
dengan ilmu pengenalan
dari Sunnah dan Al-Quran
mengandungi pelbagai pelajaran
jauhi Firaun, Qarun dan Hamman
contohilah Nabi Sulaiman
kebajikan semutpun difikirkan
Buku Jingga juga bertujuan
mahu Negara Berkebajikan
perlu pertukaran
pemerintahan
di peringkat Persekutuan
inilah harapan
rakyat sekelian
semoga dikabulkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan