Selasa, 24 Januari 2012

24 JANUARI 2012

Diciptakan manusia berbilang kaum untuk
saling kenal-mengenal


Hari Selasa
Hari kedua Tahun Baru Cina
Masyarakat madani boleh dibina
Ketuanan bangsa usaha hina
Lupa ciptaaan manusia
Allah ciptakan berbagai bangsa
Tujuan utama
Berkenal-kenal dengan lapang dada
Bila berilmu mudah kenal mengenal
Buat kerja yang halal
Budaya kaum tak perlu disoal
Pasal apa harga barang-barang mahal
Disebabkan ekonomi kronisma
Disebabkan pimpinan berjiwa asobiyah
Rela menyokong perasuah
Penjawat-penjawat Awam pecah amanah
Buat segala yang dilarang
Mengsonglapkan khazanah negara
Menipu rakyat selamba saja
Nafsu dijadikan raja
Kemajuan Barat dipuja
Di akhirat nanti azab sengsara
Mahu hidup semula
Mahu kumpul pahala
Mahu hormat budaya Cina
Maaf sudah di sebelah sana
Hina ... hina ... hina


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan