Hari Isnin
Isnin ketiga
Memikirkan nasib keluarga
Alam sekitar penuh bahaya
Perlu cahaya
Perlu usaha sedaya upaya
Tambah ilmu melalui membaca
Gunakan masa
Hadir di majlis ilmu
Tuntut ilmu jangan jemu-jemu
Baru tahu hebatnya wahyu
Perlu dihayati orang Melayu
Tanpa wahyu
Melayu jadi layu
Tak bermakna
Retorik kosong
Ingat mayat bila diusung
Dalam kubur duduk termenung
Semasa di dunia golongan haprak disokong.
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan