Isnin, 30 Januari 2012

CITA-CITA TERSASAR

 

Ada suatu cerita
Seorang manusia suka membangga diri
Dikagumi anak dan isteri
Ke sana ke sini memberi ceramah tentang motivasi
Tersemat di dalam hati
Hebatnya aku
Dari sekolah rendah
Ke sekolah menengah
Pencapaiannya hebat
Lebih hebat dari Hang Jebat
Bila lulus universiti
Bekerja dengan kerajaan
Ambil cuti belajar lebih tinggi
Akhirnya dapat PHD
Doktor falsafah
Agak terawal penjawat-penjawat awam memiliki
Ijazah kedoktoran
Hati kecilnya bertambah hairan
Bila ditempatkan di BTN
Syarahannya menaikkan semangat kakitangan Kerajaan
Untuk melanjutkan pelajaran
Lebih tinggi
Supaya naik gaji
Supaya mudah naik pangkat
Bila masuk politik
Dia anggap dia saja yang cerdik
Menang pilihanraya di dua tempat
Di DUN
Di  DR
Jarang-jarang ahli politik
Menang kerusi
Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat
Tiba kali kedua bertanding dia kalah
Egonya terencat sedikit
Rezekinya datang sekali lagi
Menang di Kerusi Dewan undangan Negeri
Hajatnya nak jadi menteri
Di peringkat negeri
Jawatan yang ada jenama menteri
Itulah Menteri Besar
Bila ditubuhkan Kerajaan Negeri
Dia hanya jadi Exco
Egonya jadi K.O 
Mimpinya mahu jadi MB terus membara
Dia mula
Kerja-kerja bercanggah dengan dasar Kerajaan Negeri
Tindakannya
Macam cerita
Sang Kancil dengan gajah
Kedua-duanya jatuh dalam perigi buta
Disakitinya hati gajah
Kesabaran gajah sampai kemuncak
Di bumi dia tidak lagi berpijak
Gajah pun lemparkan dia keluar dari telaga buta
Ke sana ke mari dia bercerita
Bodohnya gajah
Diresapi parasit dalam jemaah
Dalam media perdana
Gambar dia bersongkok hitam
Wadah asal dia hentam
Dia tuduh wadah Islamik dah menyeleweng
Gerombolan perkauman sempit dia tak komen
Dia lupa NFC
Dia lupa pembunuhan Altantuya
Dia lupa kematian
Teoh Beng Hock
Kugan
Amirulrashid
Ahmad Sharbani
Dia hanya ingat MB
Dia lupa Abdullah Ubai
Aduhai
Di zaman internet pun ada luncai
Biarkan luncai dengan labu-labunya
Biarkan ... biarkan ... biarkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan