Jumaat, 6 Januari 2012

6 JANUARI 2012


Hari Jumaat
Hari penuh berkat
Mari bersihkan niat
Setiap amalan berdasarkan niat
Niat
Ingin jadi hamba Allah yang beriman
Jadi
Hamba Allah yang beramal soleh
Dengannya kekusutan masyarakat boleh pulih
Boleh jadi bersih
Bersih dalam pilihanraya
Mudah kuasai Putrajaya
Allah tawarkan sesiapa pun boleh berjaya
Ikut Al-Quran sahaja
Ayat 104 terbukti releven sepanjang masa
”Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”
Tawaran istimewa
Dari Allah Yang Maha Kuasa
Semoga Pakatan Rakyat berkuasa
Mudah
Buat yang maaruf
Mudah
Cegah yang munkar
Mendengarnya parti perkauman akan terbakar.
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan