Isnin, 2 Januari 2012

2 JANUARI 2012


Hari Isnin
melihat kebangkitan rakyat penzalim kurang yakin
gunakan makhlok putaran 360 darjah
dengan kemewahan mindanya dijajah
dengan perasuah dia cuba berhijrah
dari tegar reformasi kepada korupsi
mungkin banyak minum pepsi
menolak cabaran whiski
bila hidup di luar negeri
mula keredhaan Allah dicari
melalui muhasabah diri
mula insaf diri
perbuatan khianat menghakis kehormatan diri
dari
perjuangan jangan lari
Abdullah Ubaipun benci
melihat lembu-lembu duduk di kondominium
bau tahi saja dicium
bau kencing saja dicium
sesiapapun dihukum
bila pendakwaan kuasa tak bertepi
Agustine Paul dah tak ada lagi
Ariffin Jaka baru pergi
Izrail hanya menanti
kedatangan hakim bijak bestari
dari Mungkar Nankir tak boleh lari
baru sedarkan diri
pusingan 360 degri
tindakan merugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan