Ahad, 1 Januari 2012

AZAM TAHUN 2012




Terlebih dulu
bersyukur kepada Allah s.w.t
masih bernafas dan bernyawa
mampu menegakkan kerajaan Pusat yang berwibawa
pengkhianat negara saja kecewa
para perasuah saja kecewa
penjawat-penjawat awam yang korup saja kecewa
penjahat-penjahat saja kecewa
pengampu-pengampu penzalim saja kecewa
talibarut-talibarut diktator saja kecewa
ke sana ke mari dosa-dosa dibawa
isteri-isteri boros juga kecewa
pendek kata orang jahat saja kecewa
kumpulan beriman gembira
kumpulan keadilan gembira
kumpulan seniman gembira
kumpulan budayawan gembira
kumpulan reformasi gembira
kumpulan agamawan gembira
perintah Allah buat segera
suruhan Nabi buat segera
dosa pahala ambil kira
dengan iman dan istiqamah
dengan berpandukan Quran dan Sunnah
buat suruhan jauhi segala larangan
hadir di majlis pengajian
tambahkan ilmu pengetahuan
inilah persiapan
bagi setiap individu
bagi setiap kumpulan
berbagai ujian di hadapan
Buku Jingga memberi harapan
menjanjikan kebajikan
diterima yang waras fikiran
diterima yang berwawasan jauh
diterima yang berjiwa kemanusiaan
ada pada diri
Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan
mahu pertukaran kerajaan
berteraskan keadilan
berteraskan keseksamaan
berteraskan keharmonian kaum
sedar
asal usul manusia
daripada Adam dan Hawa
bila ini disedari
bila selalu muhasabah diri
baiklah anak negeri
baiklah warga-warga Persekutuan Malaysia
berusaha
untuk kebaikan diri
untuk kebaikan anak dan isteri
untuk kebaikan jiran tetangga
untuk kebaikan seluruh keluarga
inilah azam kita
mulai 1 Januari 2012
berjuang dengan ikhlas
Allah tentu balas
dengan pertolongan kepada Pakatan Rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012



Tiada ulasan:

Catat Ulasan