Ahad, 21 Disember 2014

PANTUN USAHA SIA-SIA

Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau di dunia nampak jalan
Tidaklah di akhirat akan rugi

Tidak bintang terbit pagi
Tiba giliran matahari pula
Tidaklah di akhirat akan rugi
Beramal soleh membawa pahala

Tiba giliran matahari pula
Terang benderang sebahagian alam
Beramal soleh membawa pahala
Baru berdayasaing umat Islam

Terang benderang sebahagian alam
Waktu malam ada lampu
Baru berdayasaing umat Islam
Mudah luput budaya mengampu

Waktu malam ada lampu
Dibandar-bandar besar seperti siang
Mudah luput budaya mengampu
Perlu hanya kekal berjuang

Dibandar-bandar besar seperti siang
Berkelip-kelip papan iklan
Perlu hanya kekal berjuang
Al-Quran tetap penunjuk jalan

Berkelip-kelip papan iklan
Menarik perhatian orang ramai
Al-Quran tetap penunjuk jalan
Bibit-bibit maaruf terus disemai

Menarik perhatian orang ramai
Termasuk pelancong dari Barat
Bibit-bibit maaruf terus disemai
Menjadi bekalan di hari akhirat

Termasuk pelancong dari Barat
Membawa wang untuk dibelanjakan
Menjadi bekalan di hari akhirat
Majlis ilmu perlu dikembangkan

Membawa wang untuk dibelanjakan
Membeli buku mengenai Islam
Majlis ilmu perlu dikembangkan
Selepas Maghrib setiap malam

Membeli buku mengenai Islam
Terutama dalam bahasa Inggeris
Selepas Maghrib setiap malam
Baru luput gerombolan keris

Terutama dalam bahasa Inggeris
Diketahui pula ramai manusia
Baru luput gerombolan keris

Perjuangan mereka hanya sia-sia


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan