Selasa, 16 Disember 2014

PANTUN PEMERINTAHAN BERKUALITI

Pergi ke kebun menanam tebu
Tumbuh subur tanpa baja
Ingat jasa ayah dan ibu
Selain Allah mereka elok dipuja

Tumbuh subur tanpa baja
Di tepi paya dekat sawah
Selain Allah mereka elok dipuja
Menanggung derita dan susah payah

Di tepi paya dekat sawah
Membiak banyak ikan darat
Menanggung derita dan susah payah
Pelaburan baik untuk akhirat

Membiak banyak ikan darat
Termasuk sepat dan puyu
Pelaburan baik untuk akhirat
Patut diamalkan orang Melayu

Termasuk sepat dan puyu
Sedap bila masak tempoyak
Patut diamalkan orang Melayu
Pahala pula tentulah banyak

Sedap bila masak tempoyak
Anak sekarang gemar makanan segera
Pahala pula tentulah banyak
Perintah Allah dibuat segera

Anak sekarang gemar makanan segera
Tentunya McD dan KFC
Perintah Allah dibuat segera
Tolak pula amalan korupsi

Tentunya McD dan KFC
Digemari tua dan muda
Tolak pula amalan korupsi
Tanda iman penuh di dada

Digemari tua dan muda
Nampak bersih dan mengenyangkan
Tanda iman penuh di dada
Mahu penzalim segera ditumbangkan

Nampak bersih dan mengenyangkan
Menjadi tarikan ramai remaja
Mahu penzalim segera ditumbangkan
Semangat reformasi dijadikan baja

Menjadi tarikan ramai remaja
Terutama pelajar-pelajar universiti
Semangat reformasi dijadikan baja
Baru wujud pemerintahan berkualiti

Terutama pelajar-pelajar universiti
Jiwa mereka mahu kebebasan
Baru wujud pemerintahan berkualiti

Rakyat jelata dapat pembalasan


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan