Jumaat, 19 Disember 2014

PANTUN TINDAKAN BIJAK

Pisang emas pisang berangan
Dua jenis buah tempatan
Buat suruhan tinggal larangan
Baru terbantut hasutan syaitan

Dua jenis buat tempatan
Manis rasanya kekal di lidah
Baru terbantut hasutan syaitan
Rambut isteri tidaklah terdedah

Manis rasanya kekal di lidah
Boleh membawa berbagai penyakit
Rambut isteri tidaklah terdedah
Berterusan beramal walaupun sedikit

Boleh membawa berbagai penyakit
Kencing manis mudah dihinggapi
Berterusan beramal walaupun sedikit
Di akhirat selamat bahaya api

Kencing manis mudah dihinggapi
Bila minum minuman bergula
Di akhirat selamat bahaya api
Beramal soleh mendatangkan pahala

Bila minum minuman bergula
Makan nasi di waktu malam
Beramal soleh mendatangkan pahala
Menjadi budaya orang Islam

Makan nasi di waktu malam
Di akhiri dengan teh tarik
Menjadi budaya orang Islam
Senyuman Bidadari sebagai penarik

Di akhiri dengan teh tarik
Kuih-kuih manis juga dimakan
Senyuman Bidadari sebagai penarik
Majlis ilmu hendaklah diperbanyakkan

Kuih-kuih manis juga dimakan
Bersenam pula tidak dibuat
Majlis ilmu hendaklah diperbanyakkan
Betul aqidah pahala pun dapat

Bersenam pula tidak dibuat
Di tambah dengan menghisap rokok
Betul aqidah pahala pun dapat
Panjangkan doa di waktu rukuk

Di tambah dengan menghisap rokok
Boleh dapat penyakit jantung
Panjangkan doa di waktu rukuk
Kepada Allah terus bergantung

Boleh dapat penyakit jantung
Susah pula hendak bernafas
Kepada Allah terus bergantung

Bahaya di akhirat akan terlepas


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan