Khamis, 4 Disember 2014

PANTUN SINDROM TAKUT BERDAKWAH



Mencari rezeki dengan bersawah
Dapat hasil terus dibelanja
Wujud Sindrom Takut Berdakwah
Dikatakan ilmu sedikit sahaja

Dapat hasil terus dibelanja
Beli di kedai segala barang-barang
Dikatakan ilmu sedikit sahaja
Membiaklah pimpinan kaki temberang

Beli di kedai segala barang-barang
Harga pula terus meningkat
Membiaklah pimpinan kaki temberang
Menyekat dakwah mudah berpakat

Harga pula terus meningkat
Nilai duit semakin jatuh
Menyekat dakwah mudah berpakat
Isu menyeleweng sukar disentuh

Nilai duit semakin jatuh
Penoreh getah dalam kesempitan
Isu menyeleweng sukar disentuh
Berupaya hanya melalui Pakatan

Penoreh getah dalam kesempitan
Pendapatan harian tak mencukupi
Berupaya hanya melalui Pakatan
Dengan perpaduan masalah dihadapi

Pendapatan harian tak mencukupi
Bila hujan duduk beselimut
Dengan perpaduan masalah dihadapi
Ambil pelajaran daripada semut

Bila hujan duduk berselimut
Mengenang nasib orang Melayu
Ambil pelajaran daripada semut
Bersesuaian dengan ajaran wahyu

Mengenang nasib orang Melayu
Kais pagi makan pagi
Bersesuaian dengan ajaran wahyu
Mahu di akhirat tidak rugi

Kias pagi makan pagi
Rakyat miskin hidup susah
Mahu di akhirat tidak rugi
Beramallah dengan yang sah

Rakyat miskin hidup susah
Orang atasan hidup mewah
Beramallah dengan yang sah
Baru hidup dengan bermaruah

Orang atasan hidup mewah
Diberi kemudahan oleh pemerintah
Baru hidup dengan bermaruah
Walaupun ditindas oleh lintah-lintah


HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan