Isnin, 20 Oktober 2014

PANTUN MAKAN YANG HALAL


Ikan haruan ikan puyu
Di antara jenis ikan darat
Bersama Teras Pengupayaan Melayu
Mahu masyarakat selamat di akhirat

Di antara jenis ikan darat
Mudah membiak dalam sawah
Mahu masyarakat selamat di akhirat
Dipimpin ketua yang bermaruah

Mudah membiak dalam sawah
Bila menanam setahun sekali
Dipimpin ketua yang bermaruah
Dengan jihad syurga dibeli

Bila menanam setahun sekali
Padi tumbuh melimpah ruah
Dengan jihad syurga dibei
Dapat kebajikan orang di bawah

Padi tumbuh melimpah ruah
Punca makanan masyarakat setempat
Dapat kebajikan orang di bawah
Selamat pemimpin dari diumpat

Punca makanan masyarakat setempat
Bergotong-royong melakukan pekerjaan
Selamat pemimpin dari diumpat
Melakukan tugas penuh ikhsan

Bergoting-royong melakukan pekerjaan
Menjadi budaya orang-orang dulu
Melakukan tugas penuh ikhsan
Mendekati maksiat terasa malu

Menjadi budaya orang-orang dulu
Masjid dijadikan tempat bermesyuarat
Mendekati maksiat terasa malu
Tiada tempat pimpinan keparat

Masjid dijadikan tempat bermesyuarat
Solat berjemaah setiap waktu
Tiada tempat pimpinan keparat
Dengan iman hatipun bersatu

Solat berjemaah setiap waktu
Lima kali sehari semalam
Dengan iman hatipun bersatu
Barulah hebat masyarakat Islam

Lima kali sehari semalam
Di masjid dan surau solat berjemaah
Barulah hebat masyarakat Islam
Bila pemimpin di atas bermaruah

Di masjid dan surau solat berjemaah
Selapas itu ada tazkirah
Bila pemimpin di atas bermaruah
Mudahlah rakyat jelata berhijrah

Selepas itu ada tazkirah
Majlis ilmu juga diadakan
Mudahlah rakyat jelata berhijrah
Bila yang halal saja dimakan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan