Isnin, 6 Oktober 2014

PANTUN CINTA ILMU

Janda muda makan jamu
Menjadi amalan setiap hari
Untung yang cinta ilmu
Boleh kenal diri sendiri

Menjadi amalan setiap hari
Baca Quran bersama suami
Boleh kenal diri sendiri
Dengan maksiat mudah basmi

Baca Quran bersama suami
Dilakukan selepas solat subuh
Dengan maksiat mudah basmi
Makan vitamin kuatlah tubuh

Dilakukan selepas solat subuh
Diikuti dengan kuliah agama
Makan vitamin kuatlah tubuh
Menumbangkan penzalim tugas bersama

Diikuti dengan kuliah agama
Menceritakan kehebatan peribadi Rasulullah
Menumbangkan penzalim tugas bersama
Semoga bertaubat bila kalah

Menceritakan kehebatan peribadi Rasulullah
Mendidik sebelas orang isteri
Semoga bertaubat bila kalah
Dapat kebaikan seluruh negeri

Mendidik sebelas orang isteri
Seorang saja anak dara
Dapat kebaikan seluruh negeri
Gaji minima laksanakan segera

Seorang saja anak  dara
Aishah Binti Abu Bakar
Gaji minima laksanakan segera
Ada kemahuan tidaklah sukar

Aishah Binti Abu Bakar
Ummul Mukminin yang berwibawa
Ada kemahuan tidaklah sukar
Keakhirat banyak pahala dibawa

Ummul Mukminin yang berwibawa
Banyak sahabat belajar dengannya
Keakhirat banyak pahala dibawa
Contoh terbaik wanita berjaya

Banyak sahabat belajar dengannya
Dari Rasulullah menimba ilmu
Contoh terbaik wanita berjaya
Belajar pula tidak jemu-jemu

Dari Rasulullah menimba ilmu
Berbagai ilmu dikuasai Aishah
Belajar pula tidak jemu-jemu
Bakat baru eloklah diasah

Berbagai ilmu dikuasai Aishah
Banyak hadis diriwayat darinya
Bakat baru eloklah diasah
Perlu kita berusaha sedaya-upaya.


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan