Jumaat, 3 Oktober 2014

PANTUN KEKAL BERAMANAH


Satu, dua, tiga, empat
One, two, three, four
Dengan iman, keikhlasan pun dapat
Baru syaitan akan mengelupur
                      
One, two, three, four
Permulaan mengira ilmu matematik
Baru syaitan akan mengelupur
Mudahlah selesai masalah politik

Permulaan mengira ilmu matematik
Ilmu sastera dipelajari juga
Mudahlah selesai masalah politik
Dimulai dengan seluruh keluarga

Ilmu sastera dipelajari juga
Gunakan masa untuk membaca
Isi kandungan Al-Quran dijaga
Sunnah Nabi tidak dicerca

Gunakan masa untuk membaca
Sekurang-kurangnya selepas asar
Sunnah Nabi tidak dicerca
Baru terlepas dosa-dosa besar

Sekurang-kurangnya selepas asar
Baca buku beberapa muka
Baru terlepas dosa-dosa besar
In sha Allah selamat dari neraka

Baca buku beberapa muka
Dapat mencerahkan minda kita
In sha Allah selamat dari neraka
Di syurga tempat penuh sukacita

Dapat mencerahkan minda kita
Peristiwa-peristiwa sejarah terus dikenang
Di syurga tempat penuh sukacita
Inilah dikatakan sebenar-benar menang

Peristiwa-peristiwa sejarah terus dikenang
Terutama kejayaan Nabi Muhammad
Inilah dikatakan sebenar-benar menang
Taraf taqwa menjadi matlamat

Terutama kejayaan Nabi Muhammad
Terbentuk Negara Islam diMadinah
Taraf taqwa menjadi matlamat
Bila memimpin kekal beramanah

Terbentuk Negara Islam diMadinah
Inilah kejayaan hijrah Nabi
Bila memimpin kekal beramanah
Walaupun ujian datang bertubi-tubi

Inilah kejayaan hijrah Nabi
Islam berkembang dengan pesatnya
Walaupun ujian datang bertubi-tubi
Akhirnya Nabi Muhammad Berjaya.



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan