Rabu, 11 Disember 2013

MELANCONG MENCERIAKAN MINDA



“Orang yang membenci orang lain turut dibenci orang lain”
Setiap kita ada perasaan
Setiap kita ada fikiran
Diseimbangkan dengan ilmu pengetahuan
Berguna disetiap keadaan
Berfaedah di Hari Kemudian
Berbaik-baiklah sesama insan
Buangkan sifat perkauman
Dengan menghormati sesama insan
Elok berkenal-kenalan
Bercakap sambil berjalan
Jalan menuju ke masjid
Jalan menuju ke surau
Solat berjemaah lima waktu sehari semalam
Bila berjumpa memberi salam
Hilanglah perasaan benci kepada orang lain
Hilanglah perasaan prasangka buruk terhadap orang lain
Boleh melalui melancung keluar negeri
Boleh mengembara ke lain tempat
Minda boleh jadi ceria
Melalui membaca
Rumah kedai bertingkap kaca
Nampak barang-barang yang di dalam
Banyak faedah bila membaca
Memang digalakkan oleh Islam
Orang munafik musuh di dalam
Dalam neraka akan tenggelam
Menderita siang dan malam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan