Ahad, 1 Disember 2013

KULIAH MAGHRIB


Kuliah maghrib di sana sini
Di masjid-masjid
Di surau-surau
Melayu sekular tidak hairan
Sebok menanti berita perdana
Di TV-TV ternama
Lupa tugas agama
Lupa kehidupan akhirat sangat lama
Yakin dengan yang lama
Yakin dengan Ketuanan Bangsa
Walaupun penyalahguna kuasa
Walaupun meminggirkan bahasa ibunda
Walaupun kos kehidupan naik
Walaupun GST akan dilaksanakan
Puncanya kurang ilmu pengetahuan
Puncanya menjauhi majlis ilmu
Puncanya memboikot kuliah maghrib
Wujudlah suasana wahan
Cinta dunia takut mati
Tinggi nampak pokok jati
Tumbang ke bawah bila dipotong
Dengan iman kehidupanpun berkualiti
Di akhirat nanti tentulah beruntung


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1435/Dis2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan