Isnin, 9 Disember 2013

FAEDAH DARI MAJLIS ILMU



“Ilmu itu pemimpin
amalan itu pengikut”
Bila ini diyakini tentu Allah kita takut
Nasihat Nabi kita ikut
Kata-kata bijak bistari kita ikut
Baru hilang budaya kedekut
Lahirlah sifat pemurah
Mudahlah berhijrah
Melesetlah fahaman asobiyah
Bila ikut As-Sunnah
Baru jadi pimpinan beramanah
Baru kos kehidupan murah
Baru rakyat jelata beramai-ramai
Datang dengar kuliah
Terutama kuliah maghrib
Baru percaya yang ghaib
Baru banyak sahabat-sahabat yang karib
Bergerak dalam jemaah
Mendaulatkan agama Allah
Betul aqidah
Banyak faedah
Di dunia memerintah
Menegakkan maaruf
Mencegah yang mungkar
Lahirlah negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Allah
Maka syaitanpun kalah
Alhamdulillah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan