Jumaat, 6 Disember 2013

BANYAKKAN KULIAH AGAMA



“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah
Ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad”
Membaca buku kerja bermanfaat
Memulakannya dengan niat
Memahami setiap amalan itu berdasarkan niat
Niat mendaulatkan syariat
Mulai dari setiap diri
Dengan ilmu kenal diri sendiri
Keredhaan Allah dicari
Harta negara jangan dicuri
Hak rakyat jangan dicabuli
Sudah tiga belas kali
Undi tetap dibeli
Orang kampung tak peduli
Harga barang-barang naik berkali-kali
Sokongan tetap diberi
Kepada yang lama
Tetap  beri kerjasama
Walaupun peralatkan agama
Direstui ustaz-ustaz asobiyah
Diberi ruang dalam pimpinan parti
Niatnya nak betulkan dari dalam
Ramai yang dah tenggelam
”Kalau dah jodoh” semuanya faham
Melihat dahi bersih naik geram
Ibu ayam sedang mengeram
Turun helang terus disambar
Menyokong penzalim hukumnya haram
Melalui kuliah ianya disebar
Dengannya rakyat dapat iktibar



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan