Khamis, 19 Disember 2013

GENDANG-GENDANG KOSONG




“Berani adalah sifat kemuliaan
kerana berada di tengah-tengah antara
sifat pengecut dan membabi buta.
Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana
berada antara sifat bakhil dan boros”
Kehidupan harian perlu diurus
Saf sewaktu solat hendaklah lurus
Syaitan jadi kurus
Bila pimpinan politik beramanah
Bila beramal ikut Sunnah
Penguasa zalim boleh musnah
Dengan iman dan istiqamah
Beramanah memimpin jemaah
Bebas dari rasuah
Budaya pimpinan asobiyah
Menghidupkan budaya jahiliah
Menyalahi kehendak Sunnah
Bila memimpin selalu pecah amanah
GST hanya suatu helah
Rakyat jelata akan susah
Kroni-kroni pemimpin hidup mewah
Perhimpunan Agung Tahunan
Disiarkan secara terus menerus
Menaikkan semangat
Tapi lupa akhirat
Dapat rotan terus dikerat
Buat raga mengisi bunga
Bila beramal untuk akhirat
Terbuka peluang masuk syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1435/Dis2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan