Sabtu, 30 Jun 2012

SKANDAL SCORPENE




Senjata
Perlu bagi keselamatan negara
Diyakini yang berkuasa
Jauh dari penyalahguna kuasa
Banyak berlaku bila manusia cintakan dunia
Manusia sukakan harta
Mongolia menghasilkan ramai wanita jelita
Bila terpandang mata
Naik rasa cinta
Boleh pula bertutur berbagai bahasa
Inggeris; Perancis dan Rusia
Boleh juga keluar bersama
Tentulah bertiga
Di Paris dan di Singapura
Sebagai model
Menjadi perhatian jurugambar-jurugambar
Nafsu buaya darat bergelora
Gunakan duit komisyen untuk berbelanja
Rupa-rupa ada yang cemburu
Macam ayam betina
Disuruh saja
Diikuti saja
Dua manusia dari lain bangsa
Terbunuhlah si cantik jelita
Perempuan beranak dua
Puncanya pembelian kapal selam Perancis
Berjenama Scorpene
Komisyennya juga dapat kepada bini
Tetap cemburu dalam hati
Biarlah si cantik mati
Jauh dari dikesani
Tentulah dengan bom C4
Daripada DNA dapat maklumat
Si mati
Bernama Altantuya
Warganegara Mongolia
Dikhianati dua kekasih
Boleh diselesaikan dengan Pilihanraya bersih


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan