Ahad, 3 Jun 2012

MERDEKAKAN DIRI



Mesti menyakini 4 perkara
Menuntut ilmu perlu segera
Dosa pahala ambil kira
Baru luput budaya kera
Makan, tidur dan seks
Diperhebatkan oleh Kebudayaan Barat
Kiri kanan dipasang jerat
Depan belakang diletak jerat
Ekonomi dikuasai kroni dan suku sakat
Orang kampung terus melarat
Orang Felda terus merempat
Dipermainkan gerombolan Ketuanan Bangsa
54 tahun menyalahguna kuasa
Menyalahkan pula orang-orang Cina
Mereka rajin bekerja
Ketuanan Melayu ambil komisen saja
Biarkan kemungkaran bermaharajalela
Menumbangkan puak ini dapat pahala
Melalui Buku Jingga
Mulai selamatkan keluarga
Tanpa mengira bangsa
Semua bangsa datang
Daripada Allah
Semua kaum akan balik
Kepada Allah
Semua rezeki Allah yang beri
Semua perkara baik dan buruk
Ditentukan oleh Allah
"Ini kali lah"
Mereka boleh kalah
Dengan mengikut ajaran Allah
Dengan mewarisi jiwa mut'mainah
Baru penjawat-penjawat awam tak rasuah
Pemberi dan penerima rasuah
Masuk neraka
Tolak pimpinan bermuka-muka
Depan orang Melayu mengata Cina
Depan orang Cina menghentam jemaah Islamiah
Berapi-api bila berceramah
"Melayu dalam bahaya"
"Melayu akan hilang kuasa"
Ini retorik saja
Ini gendang-gendang kosong saja
Sebenarnya
Ini tipudaya
Mahu tipu pilihanraya
Penyokong BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 mahu
Dilaksanakan 8 tuntutan
InsyaAllah berjaya Pakatan
Pembunuhan Altantuya cerita panjang
Mahkamah Perancis sedang berbincang
Siapa petualang-petualang
Siapa peminta komisen RM3 billion
Di PRU-13 rakyat balun
Penzalim dan pengkhianat akan turun
Dakwa semua lanun-lanun
Di mahkamah adil
Di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat
Malaysia akan selamat
Dengan syarat
Merdekakan diri daripada UMNO BN yang keparat
Dengan meyakini Allah sebagai penyelamat
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan