Ahad, 17 Jun 2012

SELAMAT TINGGAL PARTI ASOBIYAH


4 Penceramah di Kg Kuchai .. Sila Klik


Guru-guru mengucapkan
“Selamat Tinggal UMNO”
Tema ceramah
Di Markas PAS
Di Kampung Kuchai
Di Bota
Di Parit
Di Perak
Disampaikan oleh empat penceramah
Dato Adnan Ibrahim
Tarmizi Mohd Jam
Ustaz Mohd Ismi Md. Taib
HMS Abu Bakar
Mendengarnya hati orang-orang UMNO terbakar
Disebabkan mereka menyokong perkara-perkara mungkar
Berpolitik ikut Macviavelli
Pemikir bangsa Itali

Ikan puyu ikan keli
Mudah membiak dalam sawah
Melakukan maksiat bukan sekali
Menzalimi rakyat dan rasuah

Memandangkan ramai guru memiliki ijazah
Suka pula dengar ceramah
Suka dengar tazkirah
Memahami pula sejarah
Tinggalkan UMNO perkara mudah
Isteri pemimpin UMNO aurat terdedah
Kepada warga Felda dikata ”haram jadah”
Ucapan yang tak berfaedah
Di Paris cerita rasuah terdedah
Diberitahu dalam Mahkamah
Di Putrajaya hati gelisah
Mencari ganti Altantuya sangat susah
Pegangannya begitu indah
Cerita asmara diketahui guru-guru
Wujud suasana haru biru
Disebabkan menolak wahyu
Cari bomoh budaya kalkatu
Orang kampung terus ditipu
Sejak 54 Tahun yang lalu
Kekusutan terus berlaku
Dendam penzalim semacam hantu
Biar pisang jadi abu
Mat Indera wira Mat Sabu
Menentang penjajah bertalu-talu
Di Bukit Kepong ramai yang kaku
Terkena tembakan peluru
Dari setiap penjuru
Ini semua Mat Indera tahu
Ini juga diketahui para guru
Mat Indera wira orang Melayu
Dia beramal dengan ilmu
Kelentong UMNO sudah tak laku
Ini Dato Adnan Ibrahim tahu
Seorang yang berilmu
Ustaz Ismi perniagaannya bertambah maju
Tulisan Tarmizi Mat Jam bermutu
Puisi Pak Salleh membawa makna tertentu
Mendengarnya membawa semangat baru
Di dalamnya ada unsur wahyu
Bila ini dimiliki orang Melayu
Menumbangkan UMNO tak pernah jemu
Modalnya ilmu
Hadir di Majlis Ilmu
Dengar dulu
Dengar dan tulis
Dengar, tulis dan baca
Dengar, tulis, baca & faham
Dengar, tulis, baca, faham dan amal
Bila ini dilakukan
UMNO mudah ditalqinkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan