Khamis, 7 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU



1 Jun 2012
Dari petang hingga larut malam
Hari Jumaat
Berkumpul umat
Mahu negara selamat
Daripada difaraid oleh gerombolan penjahat
Berslogankan
"Ketuanan Bangsa"
54 tahun menipu orang Melayu
Bahasa layu
Budaya layu
Ekonomi layu
Disebabkan tolak ajaran wahyu
Pincang masyarakat Melayu
Datang ke Alor Setar berpuluh-puluh ribu
Di Stadium Darul Aman
Bertemu dari pelbagai penjuru
Kebaikan saja diseru
Kebajikan saja diseru
Diterima yang berilmu
Berdakwah tak jemu-jemu
Mahu rakyat hidup bersatu
Syarat utama
Perlu kuasai Putrajaya
Bersihkan pilihanraya
Bebaskan rakyat daripada tipu daya
Oleh golongan bangsawan
Jahil Quran
Fikir hanya keduniaan
Fikir hanya kemewahan
Budaya ini perlu dikorbankan
Dengan dasar
"Negara Berkebajikan"
Buku Jingga berkemampuan
Membawa kemakmuran
Membawa kesejahteraan
Kepada masyarakat sekelian
Diharap dikabulkan Tuhan
Selamat Malaysia dengan Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan