Selasa, 26 Jun 2012

KISAH ZAMAN BERULANG




Kisah
Qabil membunuh Habil
Manusia membunuh manusia
Tindakan sia-sia
Dibuat juga
Terlepaslah syurga
Sekarang ini ada Buku Jingga
Menjanjikan kebaikan kepada keluarga
Dengan syarat iman dijaga
Selawat kepada Nabi s.a.w saja
Allah saja dipuja
Dengan bacaan Al-Quran
Dengan melaksanakan kehendak Hadis
Setiap amalan berdasarkan niat
Mahu laksanakan kehendak syariat
Baru selamat di akhirat
Duniapun dapat
K- Pop itu maksiat
Penganjurnya berniat jahat
Supaya remaja belia sesat
Supaya naik nafsu syahwat
Berkembangbiaklah maksiat
Wujudlah suasana wahnn
Cinta dunia - takut mati
Namrud cinta dunia
Firaun cinta dunia
Qarun cinta dunia
Hamman cinta dunia
Sekarang kecewa
Sekarang menderita
Dalam B.H dan U.M tidak dicerita
Dalam TV1 dan TV3 tidak dicerita
Yang dicerita
Hanya burukkan Pakatan Rakyat
Tapi
Rakyat boleh lihat
Di Kelantan, di Kedah, di Pulau Pinang, di Selangor
4 Negeri bertambah makmur
Ketua-ketua Kerajaan beramanah
Sejarah akan berulang
Bila Putrajaya bertukar tangan
Dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Jun2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan