Selasa, 29 Mac 2011
SURAT KEPADA KAWAN LAMA
Anwar Ibrahim menulis surat kepada Sami Buddha
Kenalan lama
Namanya Sulak Sivaraksa
Kepada masyarakat kedua-duanya ingin berjasa
Tahun 70-an mereka dah berjumpa
Cukup mesra
Walaupun berlainan agama
Persahabatan tetap setia
Menghantar buku-buku kepada kawannya di penjara
Anwar terus membaca
William Lim kawannya dari Singapura
Arwah Seodjatmoko dari Indonesia
Muhammad Haji Salleh Sasterawan Negara
Menganjurkan dailog antara agama
Anwar Ibrahim aset kepada negara
Pridi Banomyong seorang politik ternama
Pejuang demokrasi dan hak asasi manusia
Buku-bukunya Anwar suka baca
Memang Anwar seorang mulia
Tak kenal maka tak cinta
Kerana prinsip Anwar menderita
Perjuangannya terus rakyat bela
Reformasi jalanan hanya satu cara
Kedamaian kaum dan keharminian manusia
Cita-cita Anwar sangat mulia
Dalam buku "Gelombang Kebangkitan Asia" kita boleh baca
Masyarakat madani menjadi cita-citanya
Sedarlah Melayu, India, Iban, Kadazan dan Cina
Anwar Ibrahim mahu kita hidup bahagia dan mulia
Rakan-rakannya berselerak di seluruh dunia
Daripada berbagai-bagai agama
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1432/ Mac2011
Labels:
SURAT KEPADA KAWAN LAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan