Selasa, 8 Mac 2011

KEPADA KEBENARAN BERPIHAK



Dengan mata kita melihat
Ada pimpinan jahat
Dalam pemilihan suka mengelat
Dapat nasihat daripada Yahudi
Yang dilaknat
Apco Worldwide terus berkhidmat
Dalam hati Zionis tersemat
Niat yang jahat
Bacalah ayat 120 surah Al Baqarah
Bermaksud:
"Dan tidak sekali-kali redha
orang-orang Yahudi dan Nasrani
kepada kamu (umat Islam) selagi
kamu tidak ikut cara hidup mereka"
Cara hidup mereka
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Atau
Cara hidup hedonis
Dipopularkan oleh filem-filem Hollywood
Diisi dengan
Adegan
Wanita, arak dan hiburan
Berlebih-lebih hiburan
Berlakulah perzinaan
Lahirlah ramai anak luar nikah
Syaitan ketawa berdekah-dekah
Melihat pimpinan Melayu kaya dengan rasuah
Meninggalkan pelapis penagih-penagih dadah
Rambut isteri-isteri dibiarkan terdedah
Suami dayus yang rasuah
Altantuya dibom di atas tanah
Kuasa Hosni Mubarak musnah
Kuasa Zein El Abidin Ben Ali musnah
Kedua-dua pemimpin dikuasai oleh orang rumah
'First Lady' yang hidup mewah
Teringin makan ais krim
Leila pergi ke Monte Carlo
Suzanne membeli-belah di kota London
Rakyat Mesir memendam rasa
Beramai-ramai keluar di jalanraya
Baru sedar bila hilang kuasa
"demi masa
sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian"
Rugi yang zalim
Rugi yang pecah amanah
Rugi yang rasuah
Rugi yang menolak Sunnah
Rugi yang takutkan bini
Rugi yang mengkayakan kroni-kroni
Takut dengan masyarakat madani
Takut dengan dakwah Islamiah
Takut dengan tazkirah
Takut dengan sajak Aboo Al Qasim Al Shabbi
Berani kerana ada media massa
Berani ada profesor-profesor kangkong
Berani kerana ada PDRM
Berani kerana ada ulama suk
Ulama cari makan
Berfikiran kebangsaan
Bermotif keduniaan
Ini yang Nabi kita tolak
Dengan kebenaran berpihak
Dengannya sasterawan berpihak
Dengannya usahawan berpihak
Dengannya bangsawan berpihak
Dengannya karyawan berpihak
Dengannya kuasawan berpihak
Dengannya semua berpihak
Dengannya FRU berpihak
Lenyaplah pimpinan haprak


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan