Selasa, 29 Mac 2011
SAKIT PINGGANG
I
Sakit pinggang kerana ditendang
Jawatan besar disandang
Malam 20 September 98 bertambah berang
Anwar Ibrahim terus diserang
Digari tangan dan ditutup mata memukulnya cukup senang
Budaya orang tak sembahyang
Fikir hanya pangkat dan wang
II
Sakit pinggang kerana ditendang
Dizalimi oleh jembalang-jembalang
Bertahan mereka kepada yang curang
jawatan TPM dibuang
Memang dirancang
Dengan para konspirator terus berbincang
Saluran awal ialah surat-surat layang
Penulis-penulisnya dibayar banyak wang
Dosa tidak langsung dikenang
Mahu nafsu amarah saja senang
III
Sakit pinggang kerana ditendang
Nyawa Anwar masih panjang
Berkat doa orang-orang yang sembahyang
Jasanya banyak yang masih dikenang
Daripada anak-anak dan isteri tersayang
Dalam KeADILan berjuang
Memastikan kita menang
Puak sekular nasionalis cukup berang
IV
Sakit pinggang kerana ditendang
Daripada manusia berhati binatang
Di atas simen Anwar jatuh terlentang
Sekarang kesannya di pinggang
Sakitnya tidak terbayang
Mengerang.....
Bebas pula si jembalang
V
Sakit pinggang kerana ditendang
Dideritai oleh seorang pejuang
Anwar Ibrahim bukan seorang
Kerja kuat daripada sekarang
Modal terbesar ialah sembahyang
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011
Labels:
SAKIT PINGGANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan