Jumaat, 25 Mac 2011

KONSEP 4 J




I

Jadual makan
Cara menjaga kesihatan badan
Baik dilakukan setiap insan
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara
Peluang masa engkau muda sebelum tua
Masa engkau sihat sebelum sakit
Masa engkau kaya sebelum papa
Masa engkau lapang sebelum masa sibuk
Masa engkau masih hidup sebelum mati
Hiduplah
Ikut perintah Allah

II

Jenis makanan
Makanlah yang baik dan halal
Dalam kubur semuanya disoal
Si penzalim pasti menyesal
Ulama Suk pasti menyesal

III

Jalan-jalan
Jalanlah walaupun selangkah
Sambil berjalan ingat Allah
Dalam hati membenci perasuah
Kerana mereka, Negara boleh musnah
Apco Worldwide membawa masalah
Baca ayat 120 Surah Al-Baqarah
Negara indah rakyat bermasalah
Sebab langgar arahan Allah
Kewajipan kita, ubahlah
Pilih pemimpin beramanah

IV

Jumpa tok guru
Boleh nasihat kita
Boleh buka mata kita
Boleh buka minda kita
Boleh beri ilmu kepada kita
Kenal mana yang makruf, mana yang mungkar
Rakyat Malaysia banyak yang menderita
Kos kehidupan melambung saja
Kadar jenayah meningkat juga
Nilai RM menurun juga
Kalau mahu selamat tukar yang ada
Gantikan penguasa di Putrajaya
Ikut konsep 4 J insyaallah berjaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan