Jumaat, 11 Mac 2011
PANTUN BERKAIT BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT
Keluar petang ikan cencaru
Di pukat nelayan lautan dalam
Akhlak Nabi elok ditiru
Naiklah nama umat Islam
Di pukat nelayan lautan dalam
Melabur modal berjuta-juta ringgit
Naiklah nama umat Islam
Didoakan pula malaikat di langit
Melabur modal brjuta-juta ringgit
Kapal nelayan serba canggih
Didoakan pula malaikat di langit
Melakukan ibadat cukup gigih
Kapal nelayan serba canggih
Hasil tangkapan juga lumayan
Melakukan ibadat cukup gigih
Inilah nilai kuatnya iman
Hasil tangkapan juga lumayan
Terkenal sekali nelayan Jepun
Inilah nilai kuatnya iman
Mendengar ceramah ramai berhimpun
Terkenal sekali nelayan Jepun
Menguasai penangkapan ikan laut
Mendengar ceramah ramai berhimpun
Dengan Islam hati terpaut
Meguasai penangkapan ikan laut
Termasuk ikan paus putih
Dengan Islam hati terpaut
Bersolat malam tidak letih-letih
Termasuk ikan paus putih
Dikawal undang-undang antarabangsa
Bersolat malam tidak letih-letih
Ingat Allah setiap masa
Dikawal undang-undang antarabangsa
Ikan paus perlu dikawal
Ingat Allah setiap masa
Di akahirat semuanya tetap disoal
Ikan paus perlu dikawal
Daripada kerakusan nelayan Jepun
Di akhirat semuanya tetap disoal
Di padang Mahsyar tempat berhimpun
Daripada kerakusan nelayan Jepun
Teknologi penangkapan ternyata tinggi
Di padang Mahsyar tempat berhimpun
Golongan Jahiliyah pasti rugi
Teknologi penangkapan ternyata tinggi
Dicipta alat serba moden
Golongan Jahiliyah pasti rugi
Kemajuan barat jadikan teladan
Dicipa alat serba moden
Saintis mereka bekerja siang malam
Kemajuan barat jadikan teladan
Lupalah Melayu keindahan Islam
Saintis mereka bekerja siang malam
Mencipa alat kemudahan manusia
Lupalah melayu keindahan Islam
Menyokong penzalim tindakan sia-sia
Mencipta alat kemudahan manusia
Disangka dunia inilah syurga
Menyokong penzalim tindakan sia-sia
Isteri sendiri tak terjaga
Disangka dunia inilah syurga
Matlamat hidup kaum sekular
Isteri sendiri tak terjaga
Imej Islam terus tercalar
Matlamat hidup kaum sekular
Dari barat merebak ke timur
Imej Islam terus tercalar
Menyesal bila pendek umur
Dari barat merebak ke timur
Fikir hanya kemajuan kebendaan
Menyesal bila pendek umur
Daripada Allah terima balasan
Fikir hanya kemajuan kebendaan
Daripada pemimpin hingga ke rakyat
Daripada Allah terima balasan
Melakukan kezaliman sepanjang hayat
Daripada pemimpin hingga ke rakyat
Makan, tidur dan bergaduh
Melakukan kezaliman sepanjang hayat
Tak ada tempat rakyat berteduh
Makan, tidur dan bergaduh
Inilah cara hidup haiwan
Tak ada tempat rakyat berteduh
Datang Nabi bawa Al-Quran
Inilah cara hidup haiwan
Bertuhankan nafsu syahwat saja
Datang Nabi bawa Al-Quran
Dengan ikhlas melakukan kerja
Bertuhankan nafsu syahwat saja
Daripada pagi hingga ke malam
Dengan ikhlas melakukan kerja
Bertepatan dengan kehendak Islam
Daripada pagi hingga ke malam
Terikat dengan lima hukum
Bertepatan dengan kehendak Islam
Bertaubat sebelum nyawa di halkum
Terikat dengan lima hukum
Daripada dulu hingga sekarang
Bertaubat sebelum nyawa di halkum
Dengan menolak pimpinan temberang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan