Khamis, 3 September 2015

PANTUN SYAHID DIKEJAR

Makan laksa berbuka puasa
Beli di kedai siang hari
Mengumpul harta semasa berkuasa
Boleh joli ke sana ke mari

Beli di kedai siang hari
Ikut sama ibu mertua
Boleh joli ke sana ke mari
Bertaubat bila umur tua

Ikut sama ibu mertua
Berjubah dan bertudung kepala
Bertaubat bila umur tua
Sebanyak-banyaknya kumpul pahala

Berjubah dan bertudung kepala
Rajin dengar kuliah agama
Sebanyak-banyaknya kumpul pahala
Dalam kebajikan selalu berkerjasama

Rajin dengar kuliah agama
Di masjid berdekatan dengan rumah
Dalam kebajikan selalu berkerjasama
Menjadi asas kekuatan ummah

Di masjid berdekatan dengan rumah
Dipenuhi jemaah setiap waktu
Menjadi asas kekuatan ummah
Dengan iman saja bersatu

Dipenuhi jemaah setiap waktu
Dari subuh hingga isyak
Dengan iman saja bersatu
Dipimpin pimpinan yang layak

Dari subuh hingga isyak
Mendirikan solat secara berjemaah
Dipimpin pimpinan yang layak
Berilmu dan juga beramanah

Mendirikan solat secara berjemaah
Diimamkan dari kalangan bertaqwa
Berilmu dan juga beramanah
Ke akhirat pahala saja dibawa

Diimamkan dari kalangan bertaqwa
Universiti Al-Azhar tempat belajar
Ke akhirat pahala saja dibawa
Mati syahid yang dikejar

Universiti Al-Azhar tempat belajar
Datang pelajar di seluruh dunia
Mati syahid yang dikejar
Berani menempuh segala bahaya

Datang pelajar di seluruh dunia
Pelajar Malaysia ramai juga
Berani menempuh segala bahaya
Balasan syahid ialah syurga



HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan