Rabu, 9 September 2015

PANTUN BANYAKKAN TAUBAT

Ikan kembung ikan pari
Dua jenis ikan laut
Jangan suka tuding jari
Anak sendiri akan ikut

Dua jenis ikan laut
Mudah ditangkap dengan pukat
Anak sendiri akan ikut
Dengan ilmu kehidupan pun berkat

Mudah ditangkap dengan pukat
Menambah modal membeli kapal
Dengan ilmu kehidupan pun berkat
Kuat gigi makan epal

Menambah modal membeli kapal
Kapal nelayan dilautan dalam
Kuat gigi makan epal
Sihat badan menguatkan Islam

Kapal nelayan dilautan dalam
Tangkapan ikan juga banyak
Sihat badan menguatkan Islam
Pilih pimpinan yang layak

Tangkapan ikan juga banyak
Berminggu-minggu berada dilaut
Pilih pimpinan yang layak
Dengan rakyat hati terpaut

Berminggu-minggu berada dilaut
Anak isteri mendoakan saja
Dengan rakyat hati terpaut
Setiap masa Allah dipuja

Anak isteri mendoakan saja
Isnin Khamis puasa sunat
Setiap masa Allah dipuja
Kerja maaruf cukup berminat

Isnin Khamis puasa sunat
Qiamullail pula diwaktu malam
Kerja maaruf cukup berminat
Niat bersih menguatkan Islam

Qiamullail pula diwaktu malam
Solat subuh tetap berjemaah
Niat bersih meguatkan Islam
Sumber utama ialah sunnah

Solat subuh tetap berjemaah
Balik ke rumah sarapan pagi
Sumber utama ialah sunnah
Baru diakhirat tidak rugi

Balik ke rumah sarapan pagi
Selepas itu kerja dipejabat
Baru diakhirat tidak rugi
Mengkoreksi diri dengan bertaubat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan