Jumaat, 4 September 2015

AKU DAN MERDEKA

Bila Tanah Melayu merdeka
Aku baru 18 tahun
Aku baru tingkat 4
Disekolah aliran Inggeris
Bernama ACS
Anglo Chinese School
Aku tinggal diasrama
Di batu 10
Di Wharf
Jalan Batak Rabbit, Telok Anson
Aku ke sekolah menaiki basikal
Setelah lulus S.C
School Certificate
Pada akhir tahun 1958
Tahun berikutnya
Aku masuk tingkatan VI
Di SMI, Ipoh
Setelah 2 tahun di SMI
Aku masuk Universiti Malaya
DiLembah Pantai di Kuala Lumpur
Aku lulus B.A pada tahun 1964
Bulan April 1964 aku bekerja di Kementerian Pelajaran
Dirumah Persekutuan di Kuala Lumpur
Aku juga pernah berkhidmat
Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam cawangan Sabah dan Sarawak di Kuching Sarawak
Aku pernah bekerja di Jabatan Perangkaan di Kuala Lumpur
Aku pernah jadi ADO di Pejabat Tanah dan Daerah di Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor
Pada 1 November 1968 aku berkhidmat di Jabatan Parlimen Malaysia sehingga aku bersara pada akhir tahun 1995
Pada 1 Januari 1996 aku bekerja dengan YTL Corporation di Kuala Lumpur
Aku berhenti pada tahun 1998
Aku sertai Reformasi apabila Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan
Sejak itu aku anti-kerajaan kerana menzalimi Anwar Ibrahim
Aku dan keluarga berhijrah ke Ipoh pada tahun 2003
Sejak berada di Ipoh
Aku libatkan diriku dengan aktiviti agama
Pada tahun 2011 aku menerima tauliah mengajar agama di Negeri Perak
Sekarang aku mengajar selepas Maghrib di 10 tempat di sekitar Ipoh
Pada hari Malaysia meyambut Hari Kebangsaan yang ke 58, umurku dan 76 tahun
Kepada Allah aku memohon
Dimasukkan syurga bila aku mati
Tentulah bidadari turut menanti
Inilah merdeka yang sebenarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan