Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Setiap pejuang menaruh harapan
Generasi kemudian akan tahu
Buah keranji dalam perahu
Menyeberangi sungai bayar tambang
Generasi kemudian akan tahu
Rejim zalim akhirnya tumbang
Menyeberangi sungai bayar tambang
Sebelum jambatan siap dibina
Rejim zalim akhirnya tumbang
Usaha tarbiyah sangat berguna
Sebelum jambatan siap dibina
Sulit pelajar hendak ke sekolah
Usaha tarbiyah sangat berguna
Rakyat sedar kewujudan Allah
Sulit pelajar hendak ke sekolah
Beratur menaiki sampan tambang
Rakyat sedar kewujudan Allah
Banyak berzikir dari bersembang
Beratur menaiki sampan tambang
Perlu wujud sifat sabar
Banyak berzikir dari bersembang
Dengannya mudah dakwah tersebar
Perlu wujud sifat sabar
Terutama yang ingin menyeberang
Dengannya mudah dakwah tersebar
Payahlah musuh hendak menyeberang
Terutama yang ingin menyeberang
Sekolah buka sebelum lapan
Payahlah musuh hendak menyeberang
Dengan Islam menaruh harapan
Sekolah buka sebelum lapan
Berebut-rebut pelajar menaiki sampan
Dengan Islam menaruh harapan
Walaupun belajar disekolah papan
Berebut-rebut pelajar menaiki sampan
Menyedari pelajaran adalah penting
Walaupun belajar disekolah papan
Jarang sekali yang ponteng
Menyedari pelajaran adalah penting
Membaca buku dijadikan hobi
Jarang sekali yang ponteng
Walaupun godaan datang bertubi-tubi
Membaca buku dijadikan hobi
Bertambah ilmu dan maklumat
Walaupun godaan datang bertubi-tubi
Penting sekali di akhirat selamat
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan