Isnin, 7 September 2015

PANTUN SENTIASA BERJASA

Kukus siakap gulai kembung
Hidang sama sambal kerang
Bersih dan kotorkan bertembung
Dengan dakwah musuh diserang

Hidang sama sambal kerang
Makan malam bersama keluarga
Dengan dakwah musuh diserang
Nasib bangsa akan dijaga

Makan malam bersama keluarga
Dapat dilakukan sekali seminggu
Nasib bangsa akan dijaga
Pimpinan ulama akhirat ditunggu

Dapat dilakukan sekali seminggu
Ada kuliah mengenai Seerah
Pimpinan ulama akhirat ditunggu
Berubah sikap setelah berhijrah

Ada kuliah mengenai Seerah
Buku bernama Diplomasi Rasulullah
Berubah sikap setelah berhijrah
Dapat menyelesai banyak masalah

Buku bernama Diplomasi Rasulullah
Menceritakan kehebatan Nabi kita
Dapat menyelesai banyak masalah
Berpandukan benar dalam cita-cita

Menceritakan kehebatan Nabi kita
Contoh terbaik di Peperangan Badar
Berpandukan benar dalam cita-cita
Budaya jahiliah yang pudar

Contoh terbaik di Peperangan Badar
Golongan kecil mencapai kemenangan
Budaya jahiliah yang pudar
Buat suruhan jauhilah larangan

Golongan kecil mencapai kemenangan
Banyak berlaku dalam sejarah
Buat suruhan jauhilah larangan
Kepada Allah kita berserah

Banyak berlaku dalam sejarah
Puak penzalim dapat dikalahkan
Kepada Allah kita berserah
Sunnah Nabi kekal diamalkan

Puak penzalim dapat dikalahkan
Firaun lemas di Laut Merah
Sunnah Nabi kekal diamalkan
Baru kehidupan manusia cerah

Firaun lemas di Laut Merah
Asal niatnya membunuh Musa
Baru kehidupan manusia cerah
Kepada Allah sentiasa berjasa


HMS ABU BAKAR





Tiada ulasan:

Catat Ulasan