Hari Isnin
31 Ogos 2015
Hari kemerdekaan tanah air kita
Hati pun sukacita
Bersih 4.0 ramai yang cerita
Tun Dr. Mahathir pun hadir
Hanya beberapa minit saja
Hati penguasa teruja
Hati pembodek-pembodek macam nak gila
Penganjur Bersih gembira
Dua hari kekuningan di Ibu negara
Ada juga di Kuching Ibu negeri
Sarawak
Ada juga di Kota Kinabalu Ibu negeri
Sabah
Maria Chin Bin Abdullah seorang yang
tabah
Boleh meyakinkan program Bersih 4.0
boleh berjaya:-
Bunga
tanjung bunga raya
Diantara
jenis bunga tempatan
Sambutan
Bersih semacam hariraya
Berlinang
airmata puak syaitan
Menyedari ini
Rakyat kena berani
Menyatakan wujudnya harapan
Harapan melakukan perubahan
Mulai dengan warna kuning
Biar penguasa kepala pening
Kita kena berstau
Bersatu dalam kepelbagaian
Dibenarkan Perlembagaan
Berdemonstrasi secara aman
Dipimpin yang beriman
Disokong yang ada pengalaman
Pengalaman
Dari Bersih 1.0
Dari Bersih 2.0
Dari Bersih 3.0
Tembakan gas pemedih mata tak diduga
Pedih mata
Kekal dengan cita-cita
Bersatu rakyat jelata
Di 75 kota-kota besar
Diseluruh dunia
Ada upacara Bersih
Di 23 buah negara mahu semangat
Bersih 4.0 dinyalakan
Dengan semangat perpaduan
Dengan cita-cita menyelamatkan Negara
Persekutuan
Malaysia
Negaraku
Dengan Bersih 4.0 penguasa jadi kaku
Propaganda jahat mereka tak laku
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan