Rabu, 26 November 2014

PANTUN TETAP BERAMANAH



Timang tinggi-tinggi; dapur tak berasap
Bila besar nanti; duduk dalam lokap
Dilaporkan wang negara banyak yang lesap
Disebabkan lain buat lain dicakap

Bila besar nanti; duduk dalam lokap
Kata-kata mantan seorang polis
Disebabkan lain buat lain dicakap
Dapat nasihat pula dari iblis

Kata-kata mantan seorang polis
Minat pula pantun dan sajak
Dapat nasihat pula dari iblis
Tanah kampung mudah dipajak

Minat pula pantun dan sajak
Sekarang dikenali sebagai puisi
Tanah kampung mudah dipajak
Kos hidup naik kerana inflasi

Sekarang dikenali sebagai puisi
Syair masyhur zaman dulu
Kos hidup naik kerana inflasi
Disebabkan pimpinan muka tak malu

Syair masyhur zaman dulu
Terkenal syair Siti Zubaidah
Disebabkan pimpinan muka tak malu
Rambut isteri tetap terdedah

Terkenal syair Siti Zubaidah
Seorang tokoh wanita Melayu
Rambut isteri tetap terdedah
Bila bercakap pandai merayu-rayu

Seorang tokoh wanita Melayu
Pandai pula mempertahankan diri
Bila bercakap pandai merayu-rayu
Dengan iman mudah berdikari

Pandai pula mempertahankan diri
Berpandukan ilmu dan taqwa
Dengan iman mudah berdikari
Ke akhirat pula pahala dibawa

Berpandukan ilmu dan taqwa
Beramal soleh setiap masa
Ke akhirat pula pahala dibawa
Semasa di dunia banyak berjasa

Beramal soleh setiap masa
Dilakukan pula dalam jemaah
Semasa di dunia banyak berjasa
Bila memimpin tetap amanah

Dilakukan pula dalam jemaah
Terasnya solat lima waktu
Bila memimpin tetap amanah
Lahirlah masyarakat yang bermutu


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan