Isnin, 24 November 2014

PANTUN TEGAKKAN KEBENARAN

Siakap senohong; gelama ikan duri
Bercakap bohong; boleh jadi menteri
Dengan ilmu kenal lah diri
Keredhaan Allah pula dicari

Bercakap bohong; boleh jadi menteri
Berlaku dalam parti asobiyah
Keredhaan Allah pula dicari
Walaupun hidup susah payah

Berlaku dalam parti asobiyah
Lama juga memerintah negara
Walaupun hidup susah payah
Dosa pahala diambil kira

Lama juga memerintah negara
Dapat merdeka dari Inggeris
Dosa pahala diambil kira
Baru hati iblis terguris

Dapat merdeka dari Inggeris
Bahasa penjajah terus dikekalkan
Baru hati iblis terguris
Bila parti asobiyah dikalahkan

Bahasa penjajah terus dikekalkan
Dalam pendidikan dan pentadbiran
Bila parti asobiyah dikalahkan
Dengan berkat ajaran Quran

Dalam pendidikan dan pentadbiran
Bahasa Inggeris terus digunakan
Dengan berkat ajaran Quran
Masalah sosial dapat dikurangkan

Bahasa Inggeris terus digunakan
Kolej Melayu di Kuala Kangsar
Masalah sosial dapat dikurangkan
Wujud rasuah di kalangan pembesar

Kolej Melayu di Kuala Kangsar
Bandar Diraja negeri Perak
Wujud rasuah di kalangan pembesar
Diketahui oleh Senoi Perak

Bandar Diraja negeri Perak
Ada istana di Bukit Chandan
Diketahui oleh Senoi Perak
Pimpinan tak ikut teladan

Ada istana di Bukit Chandan
Terkenal juga Sekolah Agama
Pimpinan tak ikut teladan
Menumbangkan mereka tugas bersama

Terkenal juga Sekolah Agama
Sekolah Idrisiah Bukit Chandan
Menumbangkan mereka tugas bersama
Dari Sunnah ambil teladan


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan