Ahad, 2 November 2014

DALAM KUBUR BARU TAHU


I
Gunakanlah sihatmu sebelum datang sakit
Masa hidup di dunia hanya sedikit
Jasamu kepada masyarakat jangan di ungkit-ungkit.

II
Gunakanlah hidupmu sebelum datang mati
Di wad kecemasan silalah perhati
Berlanggar kereta diatas titi
Mati dilanggar keretapi
Sakaratulmaut tetap dihadapi
Masuk syurga jangan mimpi
Jika di dunia jadi batu api
Jika di dunia menyokong rancangan jahat Yahudi
Jika di dunia minum arak dan todi
Jika di dunia kaya-raya dengan korupsi
Jika di dunia terlibat dengan pakatan jahat atau konspirasi
Jika di dunia jadi bapak buli
Jika di dunia nombor ekor dibeli
Jika di dunia ulamak dan orang dakwah dibenci
Jika di dunia rakyat jelata di zalimi
Jika di dunia projek-projek mewah kepada kroni-kroni diberi
Jika di dunia ingkar akujanji
Jika di dunia ingin di puji
Jika di dunia suka joli
Jika di dunia pandai manipulasi
Jika di dunia merosakkan sistem demokrasi
Jika di dunia penyakit-penyakit social tidak di atasi
Jika di dunia hina janggut Nabi
Jika di dunia Al-Quran mahu ditafsir lagi
Manusia seperti di atas memang rugi
Masuk kubur baru semua di ketahui.


HMS ABU BAKAR
28 Zulhijjah 1422
(13 Mac 2002)

Kuala Lumpur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan